Harga roti naik Disember ini?

0
2

HARGA pelbagai produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dijangka akan dinaikkan bermula 1 Disember ini.

Kenaikan harga itu tular berdasarkan surat dengan senarai harga baru bagi produk roti keluaran syarikat terbabit yang diedarkan kepada peruncit.

Senarai harga baru bagi peruncit dan pengguna terbabit tersebar di media sosial, hari ini termasuk di ruangan komen laman Facebook Gardenia.

Menurut surat yang yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit penetapan harga baru itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Antara produk yang terbabit adalah Gardenia Original Classic 400g berharga RM2.80 (naik daripada RM2.50) dan Gardenia Original Classic Jumbo 600g berharga RM4 (naik daripada RM3.55).

Produk lain adalah Gardenia QuickBites Cream Roll bagi semua perisa dinaikkan kepada RM1 (naik daripada RM0.90).

Selain itu, harga Gardenia Twiggies pula naik daripada RM1.60 kepada RM1.80 juga bagi semua perisa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here