Terengganu catat kematian baharu Covid-19 tertinggi semalam

0
2
Skuad Jenazah covid-19 mengangkat jenazah covid-19 ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 37 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 30,147 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Daripada jumlah kematian baharu itu, sembilan kes adalah kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID kini adalah 6,096 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui GitHub, Terengganu mencatatkan kematian baharu tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing lima kes.

Kelantan dan Selangor masing-masing merekodkan empat kes kematian, manakala Johor dan Perak pula masing-masing tiga kes kematian.

Bagi Kedah dan Pahang, masing-masing merekodkan dua kes kematian serta Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kematian baharu akibat Covid-19.

Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Sementara itu, portal COVIDNOW pula melaporkan peratusan populasi Malaysia yang lengkap divaksinasi setakat semalam adalah sebanyak 76.7 peratus atau 25,049,738 orang.

Manakala populasi yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 78.7 peratus atau 25,706,979  orang menjadikan keseluruhan populasi yang sudah menerima vaksin kini adalah 52,391,444 orang.

Populasi dewasa yang lengkap divaksinasi pula adalah 95.9 peratus atau  22,442,346 orang dan yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos seramai 22,944,240 orang atau 98 peratus.

Bagi golongan remaja sebanyak 5,370,131 dos vaksin sudah diberikan dengan 82.8 peratus remaja lengkap divaksinasi dan  87.7 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, setakat ini seramai 1,823,474 individu sudah menerima dos penggalak. – Malaysiapost  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here