Kembalikan segera GST – Tajuddin

0
2

KERAJAAN diminta mengembalikan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi yang dilihat lebih baik berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat, hari ini dan berpendapat kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini melakukan kesilapan menukar sistem percukaian berkenaan.

Beliau berkata, disebabkan penukaran sistem berkenaan, hasil kerajaan telah mengalami kerugian.

“Saya ingin bertanya kerajaan khususnya Menteri Kewangan, boleh tak kita kembalikan percukaian ini daripada SST kepada GST.

“Kerajaan terdahulu telah membuat kesilapan menukar kepada sistem percukaian SST ini menyebabkan kita mengalami kerugian yang banyak bagi hasil kerajaan,” katanya.

Beliau meminta kerajaan segera melaksanakan semula GST tersebut demi membantu meningkatkan hasil kerajaan.

“Elok kalau boleh diperkenalkan semula cukai GST ini dengan segera dan kita boleh mengharapkan pertambahan hasil kerajaan.

“Saya rasa ramai menyokong di mana pihak yang dulu tidak menyokong GST sekarang ini dah menyesal dan sedar kesilapan mereka itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here