Caruman baru KWSP dikredit sepenuhnya ke akaun 1 pencarum

0
3

CARUMAN baru ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan menerusi pengeluaran i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan dahulu sepenuhnya ke dalam akaun satu pencarum.

Perkara itu diberitahu di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah yang berkata, ianya bertujuan menambah baik simpanan akaun satu.

“Ini bagi menambah baik simpanan yang telah dikeluarkan dan menjadikan pecahan caruman kembali kepada 70 peratus untuk akaun satu dan 30 peratus untuk akaun dua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang menanyakan kedudukan akaun pencarum KWSP setelah pengeluaran i-Sinar dan i-Citra.

Mohd Shahar berkata, berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira i-Sinar dan i-Citra adalah dijangka hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berumur daripada 18 hingga 55 tahun mempunyai simpanan dalam akaun satu melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.

“Situasi ini berlaku penurunan bilangan aktif yang mencapai simpanan asas berbanding 36 peratus pada 31 Disember 2020 iaitu sebelum i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan kerana kedua-dua program ini telah melibatkan pengeluaran akaun satu,” katanya.

Shahar menambah, keadaan ini membimbangkan kerajaan kerana majoriti ahli dijangka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menampung keperluan asas persaraan kelak. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here