Lelaki warga emas lakukan seks dengan kambing dituduh esok

0
2

LELAKI warga emas berumur 60 tahun yang disyaki melakukan persetubuhan luar tabie terhadap seekor kambing di Kampung Sungai Buaya dekat Rawang hujung Julai lalu, dijangka dituduh di mahkamah esok.

Difahamkan, suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada jam 9 pagi esok, di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan.

Suspek pernah direman bagi siasatan kes berkenaan selama tujuh hari bermula 29 Julai hingga 4 Ogos lalu.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan jijik warga emas tempatan itu dikesan oleh seorang wanita yang juga pemilik kambing selepas terdengar bunyi mengembek dari kandang di belakang rumahnya kira-kira jam 1.30 tengah pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dilaporkan berkata wanita tempatan berumur 45 tahun itu kemudian mendapati terdapat seorang lelaki dikenalinya, dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing miliknya.

Katanya, lelaki tersebut kemudian melarikan diri manakala kambing peliharaan wanita itu telah mati.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah ditahan pada jam 10.50 pagi keesokan harinya di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya di Rawang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here