KES harian Covid-19 kembali melepasi angka 5,000 apabila mencatatkan 5,594 kes baharu hari ini.
Terdahulu dua hari berturut-turut Malaysia mencatatkan kes di bawah angka 5,000 iaitu 4,885 kes semalam dan 4,854 kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,597,080 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebooknya. – Malaysiapost

