‘Lepas kalah teruk di Melaka, PH mula propaganda projek HSR KL-Singapura’ – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

SETELAH ‘dibelasah’ teruk di Melaka, Pakatan Harapan (PH) diramal akan mula memainkan propaganda untuk mendesak projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dipulihkan semula ke projek asal ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, isu tersebut akan dimainkan biarpun PH juga yang setuju membatalkan projek tersebut kononnya Malaysia telah bankrap dengan hutang RM1 trilion.

“Realitinya ialah projek ini sebenarnya tidak menggunakan dana kerajaan Malaysia secara terus tetapi melalui projek financing kadar faedah yang amat rendah dengan jaminan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Singapura dan akan dibayar balik melalui pendapatan dari projek bagi jangka masa panjang,” katanya hari ini.

Najib berkata, bagaimanapun kemenangan BN di Melaka bermaksud kerajaan negeri yang baharu tidak akan membenarkan projek HSR melalui negeri itu sekiranya ia hanya berakhir di Johor Bahru, bukannya Singapura.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa melalui akta kegunaan tanah dan juga kebenaran merancang untuk menghentikan projek sekiranya ia tidak memberi manfaat sepenuhnya bagi Melaka.

“Ini bermakna rancangan kerajaan PN terdahulu untuk menggantikan projek ini dengan projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu dengan kos hampir sama sudah terbenam,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya PH terus mendesak kerajaan pusat untuk mengembalikan laluan asal HSR ke Singapura, kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor harus mengikuti pendekatan diambil kerajaan Melaka.

“Saya cabar kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor untuk mengikut contoh kerajaan BN Melaka untuk menyatakan pendirian sama – iaitu tidak akan membenarkan projek HSR melalui negeri masing-masing sekiranya ia hanya berakhir di Johor Bahru, bukannya Singapura,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here