Warga emas meninggal dunia atas bumbung

0
2

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia ketika berada di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.44 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati mangsa, Yam Ramin yang berusia 80 tahun telah pengsan di atas bumbung ketika ingin melihat keadaan bumbung rumahnya selepas dibaiki.

“Mangsa disedari pengsan oleh jiran mangsa yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

“Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tali,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Rafi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau memaklumkan, operasi berkenaan tamat pada jam 5.25 petang-MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here