Hampir 25 juta penduduk Malaysia lengkap vaksin Covid-19

0
2

SEBANYAK 24,980,505 individu atau 76.5 peratus daripada populasi keseluruhan di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.6 peratus atau 25,670,034 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula sebanyak 22,390,580 individu atau 95.6 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara 97.8 peratus atau 22,914,289 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara bagi populasi remaja, 2,589,925 individu atau 82.3 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 2,755,745 individu atau 87.6 peratus mendapat satu dos.

Sebanyak 36,028 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua dan dos penggalak 29,459.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,938,646 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here