Covid-19: 24 kematian baharu, 6 BID

0
2
rumah mayat covid hkl

SEBANYAK 24 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,002 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, enam daripada 24 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 68,790 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 55,026 individu atau 80 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 7,792 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 5,431 kes dirawat di hospital dan 541 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 267 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here