‘Tahniah BN, takziah PAS’ – Nik Abduh

0
3

PEMIMPIN PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata kemenangan besar itu diraih kerana BN bersyukur dan turut merakamkan takziah buat partinya yang tewas dalam persaingan itu.

“Tahniah Melaka dari Pulau Melaka. Tahniah BN daripada rakan Muafakat Nasional (MN). Takziah PAS daripada PAS.

“BN, benar-benarlah bersyukur, bertambahlah lagi. PAS, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala PAS yang menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) kalah semua lapan kerusi ditandinginya, malah dilaporkan hilang wang pertaruhan di tujuh kerusi.

Seorang lagi pemimpin PAS, Datuk Mohd Khairudin Aman Razali pula berharap keputusan PRN Melaka tidak akan mempengaruhi kerjasama PAS dan Umno di peringkat pusat.

“Biasanya pilihan raya menang kalah. Kita harap apa yang terjadi di peringkat pusat akan kekal,” katanya kepada pemberita di Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here