Syed Saddiq daftar Muda hari ini

0
2

Fitri Nizam

BEKAS Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman dilaporkan akan mendaftar parti politik baharu menggunakan nama Muda ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, hari ini.

Beliau mendedahkan langkah itu ketika ditemubual oleh stesen radio berbahasa Inggeris, BFM, pagi tadi.

Syed Saddiq sebelum ini membayangkan akan memulakan satu gerakan politik dibarisi golongan belia.

Semalam, Syed Saddiq menerusi ciapan di Twitter turut menggunakan tanda pagar #MUDAsudahMULA yang diyakini sebagai petunjuk bahawa gerakan politik diasaskannya akan direalisasikan.

Penggunaan tanda pagar #MUDAsudahMULA turut digunapakai secara meluas di Twitter sejak semalam.

Difahamkan, antara intipati Muda adalah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika gerakan politik itu diluluskan. -Malaysiapost