Pesakit strok sewa ambulans tunai tanggungjawab mengundi

0
3

SATU undi boleh membawa perubahan, itulah yang menyebabkan seorang pesakit angin ahmar sanggup membayar perkhidmatan kemudahan ambulans swasta untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Pengundi yang bernama Abdul Rahim Yaacob, 57 tahun, sanggup mengeluarkan kos kira-kira RM200 bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut untuk mengundi.

Kredit foto: Sinar Harian

“Kalau hilang satu undi, kita rugi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Dia yang mengalami sakit itu sejak empat bulan lalu merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu masih mahu menunaikan tanggungjawab membuang undi dan tiba seawal jam 8.15 pagi.

“Tanggungjawab ini demi negara, wajib ditunaikan. Jadi saya semangat datang untuk mengundi walaupun tidak sihat selain sukar berjalan.

“Saya datang dari rumah bukan hospital. Jadi ambulan kerajaan tak ambil..kenalah keluar duit sendiri lebih kurang RM200 untuk pergi dan balik,” katanya.

Abdul Rahim adalah salah seorang daripada 10,561 pemilih yang berdaftar di DUN Lendu, menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali(Barisan Nasional), Mejar (B) Abdullah Mahadi(Perikatan Nasional) dan Mohamad Asri Ibrahim (Pakatan Harapan).

Dia yang tinggal di Kampung Durian Daun telah melunaskan tanggungjawabnya di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah. – Malaysiapost

Kredit foto: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here