PRN Melaka: Mohamad Ali optimis BN menang

0
3
https://umno-online.my/2021/10/28/prn-pelancaran-jentera-simbolik-jalinan-kerjasama-jitu-menangi-melaka-mohamad-ali/

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, optimis parti itu akan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, berdasarkan ‘mood’ pengundi beliau melihat rakyat mahukan kerajaan yang kukuh dan stabil dari segi politik kerana apa yang berlaku sebelum ini menjadi igauan ngeri rakyat Melaka.

“Rakyat sudah sedar hanya BN yang sekian lama banyak berbakti dan berjuang serta membela nasib mereka di negeri ini.

“Insya-Allah, BN akan memenangi PRN dengan cemerlang dan mendapat mandat besar daripada rakyat negeri ini.

“Berdasarkan laporan, maklumat dan analisa yang dibuat, kita (BN) dijangka memenangi lebih 18 kerusi pada PRN kali ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, Mohamad Ali yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lih Jen Klebang kira-kira jam 8.47 pagi tadi.

Mohamad Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu menghadapi saingan empat penjuru antara beliau, Dr Mohd Aleef Yusof (Perikatan Nasional), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar Hasim (Bebas). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here