Saya sokong Mas Ermieyati calon Ketua Menteri – Mohd Rafiq

0
3

Syaf Ziyad

PERIKATAN Nasional (PN) Melaka menyokong penuh pelantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri jika parti itu mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, semua pihak termasuk harus menghormati keputusan pucuk pimpinan Bersatu dan PN berhubung pencalonan Mas Ermieyati.

“Semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan, Biro Politik Bersatu dan juga Majlis Tertinggi PN.

“Saya menyokong cadangan pimpinan PN untuk mencalonkan Datuk Mas Ermieyati dan mohon semua jentera bekerja keras bukan sahaja bagi kemenangan calon ketua menteri kita, tetapi juga bagi semua kerusi ditandingi PN di Melaka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Telok Mas bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq yang juga calon PN DUN Telok Mas menafikan khabar angin kononnya nama beliau tidak diumumkan sebagai calon Ketua Menteri kerana tidak mendapat sokongan ahli parti di peringkat akar umbi.

“Saya fikir, itu hanya spekulasi. Sokongan kepada PN di Telok Mas sangat baik dan yakin pengundi akan terjemahkan sokongan ini esok.

“Saya rasa tak perlu sebut (mengenai sasaran kerusi dimenangi) tapi kita yakin walaupun PN ini kemunculannya yang pertama di Melaka, kita akan buat kejutan,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Lim Guan Eng kononnya pemilihan Mas Ermieyati itu yang juga bertanding bagi kerusi DUN Tanjung Bidara bakal menyebabkan kekalahannya di Telok Mas, Mohd Rafiq berkata itu hanyalah pendapat peribadi Setiausaha Agung DAP itu.

“Itu pendapat peribadi Lim Guan Eng, saya tak nak ulas apakah asas yang disebut beliau, tapi bagi saya, saya yakin dah turun ke akar umbi, jumpa pengundi-pengundi di masjid, surau dan warung,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here