PRN Melaka: Perkasa ajak pengundi pilih calon Putra, tolak DAP

0
2

PRN Melaka: Perkasa ajak pengundi pilih calon Putra, tolak DAP

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta semua ahlinya serta pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mengundi lima calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Lima calon Putra tersebut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Sungai Rambai, Pengkalan Batu, Gadek dan Paya Rumput dengan semuanya menggunakan simbol tanjak.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata tindakan memilih Putra di lima kerusi itu akan menunjukkan kuasa sebenar rakyat yang berani menolak parti yang pemimpinnya lebih pejuangkan kepentingan peribadi, keluarga dan kroni.

“Perkasa telah memerhati Putra sejak ditubuhkan, ia parti yang sentiasa bersuara dengan tegas terhadap isu-isu kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera serta negara berbanding parti lain.

“Perkasa yakin jika Putra memenangi beberapa kerusi, ia akan menjadi penentu pembentukan kerajaan baharu Melaka.

“Ketika itu nanti, Perkasa percaya Putra akan buktikan betapa kepimpinan parti itu kekal tidak beretorik dan hipokrit sama sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syed Hassan berkata Perkasa juga memohon pengundi Melayu di kawasan DUN lain memilih calon bukan dari Pakatan Harapan (PH) kerana perjuangan DAP dan rakan-rakannya dalam pakatan itu amat bertentangan dengan pejuangan Perkasa.

“Perkasa kekal menolak DAP dan pihak bersama parti itu yang kekal perjuangan hak kesamarataan untuk semua kaum dan semua penganut agama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here