SEJUMLAH 89.90 peratus atau 10,390 orang pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula jam 8 pagi tadi.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi awal tersebut terdiri daripada anggota tentera dan polis termasuk pasangan.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.
“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung atas segala kerjasama serta sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.
Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala hari ini untuk pengundian awal. – Malaysiapost

