Putra persoal PN kempen guna gambar Muhyiddin

0
3

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan calon-calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tiada daya tarikan untuk mendapat sokongan pengundi.

Presidennya, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata ia disahkan lagi dengan pengakuan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu menggunakan gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan pengundi.

“Bukankah yang akan berkhidmat sebagai wakil rakyat adalah calon-calon yang bertanding.

“Namun gambar Mahiadin (Muhyiddin) penuh merata tempat. Ini jelas strategi untuk mengelirukan pengundi dan amat memalukan,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata gambar-gambar Muhyiddin yang lengkap dengan logo PN dan pangkah adakah mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dinaikkan di Melaka.

“Sepatutnya menjadi kesalahan dan kenapa SPR tidak mengarahkan semua poster, sepanduk dan billboard ini diturunkan.

“Cara ini adalah budaya lapuk yang digunakan BN sebelum ini apabila menggunakan gambar Perdana Menteri.

“Apakah mungkin gambar-gambar Mahiadin ini akan menyebabkan calon-calon PN tewas di PRN Melaka, tunggu dan lihat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here