Penerima Sinovac tak perlu tunggu lagi, segera ambil dos penggalak Pfizer

0
2
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (BN) tiba di Bangunan UMNO untuk perjumpaan Ahli Parlimen BN hari ini.

PENERIMA vaksin Covid-19 jenis Sinovac tidak perlu menunggu sehingga vaksin tersebut diluluskan sebagai dos penggalak.

Sebaliknya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka menerima dos penggalak jenis Pfizer yang terbukti selamat.

“Bagi penerima Sinovac, penggalak Pfizer ialah pilihan terbaik untuk meningkatkan tahap perlindungan anda.

“Ramai yang sudah layak untuk ‘booster’ sedang menunggu ‘booster’ Sinovac untuk diluluskan.

“Jangan tunggu. Ambil penggalak Pfizer yang ditawarkan. Ia sangat berkesan dan selamat,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Semalam Khairy menyarankan individu di negara ini agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Khairy berkata ia kerana keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan menerima suntikan.

Beliau menjelaskan di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac keberkesanannya sehingga 95 peratus.

Pemberian suntikan dos penggalak adalah strategi perlindungan penting terutama dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here