Undi demi kestabilan, kemakmuran rakyat dan negara – Zahid

0
2

PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata harapan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, undilah demi sebuah kestabilan, kemakmuran rakyat dan negara.

Beliau berkata, pengundi awal hari ini diingatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengundi dengan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Covid-19 demi keselamatan diri.

“Selamat mengundi kepada seramai 11,557 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang layak mengundi di 24 pusat mengundi hari ini.

“Merekalah terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita iaitu seramai 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap agar undian pengundi awal membawa sesuatu yang sangat besar maknanya kepada rakyat dan negara.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran Facebook hari ini, turut mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi awal yang menunaikan tanggunjawab hari ini.

“Hari ini, pengundi awal akan mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Melaka. Selamat mengundi dan semoga saudara-saudari membuat pilihan yang tetap.

“Marilah kita sama-sama pastikan Kestabilan Demi Kemakmuran,” katanya.

Sejumlah 21 pusat pengundian awal (PPA) membabitkan 24 dewan undangan negeri (DUN) akan dibuka bermula jam 8 pagi dan akan ditutup 2 petang.

Manakala bagi 10 PPA lagi akan ditutup jam 5.30 petang,

Terdapat empat slot waktu kehadiran untuk mengundi dan pengundi boleh menyemaknya di aplikasi MySPR semak atau portal semakan daftar pemilih SPR.

Waktu yang ditetapkan adalah 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 2 hingga 4.30 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here