Covid-19: 53 kematian baharu, 11 kes BID

0
2
Skuad jenazah Covid-19 Malaysia mengusung jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 53 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 29,729 semenjak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada 53 kematian yang dilaporkan, 11 daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes aktif Covid-19 di seluruh negeri setakat tengah malam tadi sebanyak 65,956 kes.

Sementara itu, 51,619 individu atau 78.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,035 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 5,776 kes dirawat di hospital dan 526 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here