‘McD tak boleh lawan Coqkodok Pisang, Coqbilih Kucai’ – Sanusi

0
2
sanusi

WALAUPUN menerima setambun McDonald’s, ‘coqkodok pisang’ dan ‘coqbilih kucai’ tetap jadi pilihan Presiden Kedah Darul Aman (KDA FC), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menerusi hantaran Facebooknya, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan bahawa seleranya terhadap makanan tempatan tidak boleh ditandingi makanan barat dari negara luar.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan…

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar…,” tulisnya ringkas di Facebook.

Dalam hantaran sama, Muhammad Sanusi turut memuat naik sekeping gambar beliau sedang menikmati hidangan makanan segera McDonald’s yang dikirm pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Petang semalam, Muhammad Sanusi menerima ‘hadiah’ sejambak bunga ros, belon dan hidangan makanan segera McDonald’s dari TMJ.

Sebelum ini, kedua-dua ‘orang kuat’ pasukan bola sepak tanah air itu saling berbalas kenyataan panas di media sosial.

Pemberian hadiah daripada TMJ semalam, seakan memberi bayang mereka berdua telah berdamai.

“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan McD… hari Khamis ni kita berentap lagi, kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan.. kasi panas line tu wajib laaa,” tulis Muhammad Sanusi.

Terdahulu TMJ menulis di Insta Story: “No diet? One way to keep a Clown happy. McDonald’s… always work.”

Baginda turut menyertakan gambar Muhammad Sanusi menerima kiriman makanan segara tersebut serta belon berwarna merah biru, iaitu warna rasmi JDT.

‘Perang’ media sosial antara kedua pihak itu bermula apabila Muhammad Sanusi enggan berdiam diri terhadap kritikan yang dilontarkan oleh TMJ mengenai isu tunggakan gaji pasukannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here