PH nafi janji hapuskan tol Ayer Keroh jika menang

0
2

PENGARAH Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan kenyataan yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menghapuskan tol Ayer Keroh jika diberi mandat mentadbir Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Menerusi perkongsian poster di Facebook miliknya, memaparkan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa memberi kenyataan tersebut.

Menurut Fahmi, kenyataan kononnya daripada Ketua Penerangan PKR itu adalah palsu.

“Satu lagi kenyataan palsu yang sedang disebar. Harap maklum,” katanya.

Terdahulu, menerusi poster yang tular itu memaparkan gambar Shamsul Iskandar dengan kenyataan: ‘kita tidak menolak kemungkinan tol Ayer Keroh akan dihapuskan jika PH diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here