Pelakon Ade Firman meninggal dunia akibat Covid-19

0
3

PELAKON Indonesia, Ade Firman Hakim, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Isnin lalu.

Memetik laporan Kompas, aktor itu meninggal dunia di Jakarta pada jam 5.20 petang. 

Berita itu disahkan sendiri oleh adiknya Ade, Dai Tirta.

Jenazah pelakon itu selamat dikebumikan dengan mengikut protokol pengebumian mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Tegal Alur, Jakarta pada malam Isnin.

Menurut Dai Tirta, Ade, 32, disahkan positif Covid-19.

Tambahnya, dia juga sedang menunggu keputusan sama ada dijangkiti virus itu.

Sebelum ini, Ade dimasukkan ke Hospital Besar Tarakan, selepas dilaporkan sakit pada minggu lalu.

Beliau mula menempa populariti selepas melakonkan watak menteri kabinet Indonesia, Chaerul Saleh dalam filem Soekarno: Indonesia Merdeka, pada 2013.

Pelakon itu juga muncul dalam filem Guru Bangsa: Tjokroaminoto, pada 2015.

Antara filem lain dilakonkannya termasuk Ratu Ilmu Hitam, Sabyan Menjemput Mimpi dan Malam Jumat: The Movie. 

 -Malaysiapost