Muhyiddin yakin Gerakan boleh sumbang kerusi kemenangan kepada PN

0
3

PERIKATAN Nasional (PN) menaruh keyakinan terhadap keupayaan Gerakan meraih sokongan pengundi Cina sekali gus menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata komuniti Cina sangat pragmatik dan angin perubahannya terasa di seluruh negara.

Menurutnya, perubahan itu tidak boleh dipandang rendah kerana Melaka mungkin menjadi lokasi perubahan berkenaan.

“Ada sebilangan yang mengatakan bahawa peratusan keluar mengundi Cina mungkin rendah dan mereka adalah penyokong kuat DAP, saya fikir mereka adalah orang yang sangat pragmatik.

“Kami harap mereka akan mempertimbangkan calon-calon yang telah kami letakkan daripada Gerakan,” katanya seperti dilaporkan FMT, hari ini.

Gerakan bertanding lima kerusi pada PRN Melaka iaitu di Asahan, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, dengan empat daripadanya adalah kubu kuat DAP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here