Calon Ketua Menteri daripada PN mestilah wakil rakyat Bersatu

0
3

CALON Ketua Menteri Melaka daripada Perikatan Nasional (PN) akan dilantik di kalangan pemimpin Bersatu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, gabungan itu telah pun mencapai persetujuan berhubung calon Ketua Menteri, namun enggan mendedahkan lebih lanjut.

“Kita akan umumkan tidak lama lagi. Yang pasti sebelum hari pengundian.

“Calon Ketua Menteri dah ada. Sewajarnya, Bersatu ada kerusi besar dan jika diberi kepercayaan rakan-rakan seperti PAS, ketua menteri akan datang daripada bersatu,” katanya pada media, di Bemban, Melaka, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Bersatu bertanding 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS dan Gerakan masing-masing bertanding lapan dan lima kerusi.

Apabila ditanya sama ada PN bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan sekiranya keputusan pilihan raya menunjukkan tiada satu gabungan yang mempunyai majoriti mencukupi, Muhyiddin berkata, dia tidak berminat untuk membuat spekulasi awal.

Bagaimanapun, Muhyiddin menaruh harapan agar pengundi memberi mandat kepada PN untuk membentuk kerajaan negeri Melaka.

“Jika mereka memilih PN, maka tidak akan ada kerajaan yang tergantung.

“Tetapi saya tidak tahu apa yang pengundi Melaka akan putuskan. Dan saya tidak berminat untuk membuat spekulasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here