Akujanji perangi rasuah PN ‘rare’ – Faiz

0
3
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636690264800","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

LANGKAH Perikatan Nasional (PN) yang mahu semua calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangani ‘akujanji’ perangi rasuah disifatkan sebagai sesuatu yang jarang berlaku atau ‘rare’. 

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Naa’man mencabar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membuat perkara sama terhadap calon masing-masing. 

“Ini “rare” tuan-tuan dan puan-puan… Ada tak PH atau BN berani akujanji perangi rasuah bagi semua calon-calonnya secara terbuka,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya hari ini. 

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua calon gabungan itu pada PRN Melaka untuk menandatangani ‘akujanji’ sebagai peringatan melawan rasuah. 

Beliau berkata, akujanji tersebut akan ditandatangani dalam masa terdekat sebagai bukti serta komitmen parti itu untuk menegakkan prinsip integriti. 

Katanya, teras dan pendirian PN adalah menentang salah guna kuasa dan rasuah. 

Dalam PRN Melaka ini, PN bertanding semua 28 kerusi bagi menentang BN dan PH, serta beberapa parti lain dan calon Bebas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here