Pembela Klebang buat laporan polis

0
2

Syaf Ziyad

PERTUBUHAN Pembela Klebang Besar membuat laporan polis berhubung fitnah dilemparkan terhadap pengerusinya, dipercayai bertujuan menjejaskan reputasi calon tertentu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.

Tanpa menamakan calon dimaksudkan, Pengerusinya, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, dakwaan itu juga ditokok tambah daripada kes mahkamah berkaitan dirinya lima tahun lalu.

Katanya, ia dipercayai dilakukan tiga pihak iaitu penulis blog, akitivis politik dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia.

“Saya pelik ketika musim PRN tiba-tiba muncul dakwaan ini mengaitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merampas RM150 juta dari saya.

“Saya turut dituduh mempunyai 56 lot tanah di Sabah serta mengutip wang hasil kegiatan judi haram dan saya menegaskan ia hanyalah agenda politik untuk mencalar imej seseorang yang menjadi musuh politiknya.

“Tuduhan ini juga mungkin untuk rosakkan proses demokrasi sewaktu kempen PRN ini,” katanya selepas membuat tiga laporan di Balai Polis Melaka Tengah hari ini.

Ditanya, siapakah calon bertanding PRN yang dimaksudkan, Mohd Yusof berkata ia mungkin calon PRN, penyokong atau pemimpin politik.

“Selebihnya saya tak pasti apa agenda dan siapa sasaran politik mereka, tapi apa yang pasti tuduhan ini tidak benar dan menjejaskan imej saya.

“Justeru saya akan mengambil tindakan undang-undang dengan melantik peguam untuk memfailkan kes ini ke mahkamah. Saya nak tengok sejauh mana mereka ini boleh pertahankan diri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan menerima laporan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here