Institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah bermula 22 November

0
2
sekolah spm school

Operasi institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah akan bermula pada 22 November manakala Kedah sehari sebelumnya.

KPM menerusi kenyataan berkata pengoperasian itu mengikut ketetapan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 melibatkan kehadiran murid tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan, dan tingkat 1 hingga tingkat 4 bagi sekolah menengah.

Menurutnya, institusi terbabit turut merujuk kepada premis pendidikan swasta berdaftar dengan KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” kata kenyataan itu hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 8 November.

Ia selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi negeri terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here