Nadma gubal dasar Pengurangan Risiko Bencana – PM

0
2

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah mengambil langkah proaktif menggubal Dasar Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, DRR bukan sekadar penyediaan infrastruktur berhadapan bencana, malah meliputi semua tindakan pencegahan dan pengurangan risiko dalam setiap tahap kitaran bencana.

Menurutnya, penggubalan dasar oleh Nadma itu sesuai dengan peranannya sebagai agensi utama yang membantu kerajaan menyusun langkah-langkah wajar sebelum, semasa dan selepas bencana.

“Justeru, kajian Daftar Risiko Bencana (National Risk Register atau NRR) dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman terhadap risiko bencana yang telah atau berpotensi berlaku.

“Ia bagi memudahkan untuk kita merancang dan membuat keputusan secara bermaklumat, selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals,” katanya ketika berucap sempena Program #Keluargamalaysiasiagabencana Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memantapkan usaha-usaha itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan bersama rakan strategik seperti MERCY Malaysia; Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universti Kebangsaan Malaysia (UKM); Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan komuniti Keluarga Malaysia.

Antara insiatif tersebut, katanya, adalah mewujudkan platform e-sumbangan yang menyelaras permintaan dan pembekalan barangan bantuan antara penderma, pendaftaran risiko bencana (NRR), dan Community-Based Disaster Risk Management – Pandemic (CBDRM-P) yang melibatkan peranan komuniti dan pengurusan bencana.

Selain itu, katanya, kajian Kapasiti Negeri dan Kerajaan Tempatan di Malaysia turut dilakukan terhadap pengurangan dan pengurusan risiko bencana.

“Apa yang penting, perancangan dan pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelangsungan kegiatan ekonomi dan sosial,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here