5,713 kes Covid-19 hari ini

0
2

KES harian Covid-19 negara melepasi angka 5,000 selama tiga hari berturut-turut dengan merekodkan 5,713 kes hari ini.

Angka itu terus menunjuk peningkatan berbanding semalam, 5,291 dan 5,071 kes, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,492,343.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here