Covid-19: Tubuh rumah anak yatim khas kanak-kanak hilang ibu bapa – Kit Siang

0
2

KERAJAAN harus mengambil berat nasib kira-kira 5,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid-19, kata Veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kerajaan perlu menubuhkan rumah anak yatim khas yang bertanggungjawab membela nasib kanak-kanak yang kehilangan tempat bergantung akibat Covid-19 daripada segi memberi penekanan pendidikan mereka.

Kit Siang menerusi ciapan Twitter berkata, kelangsungan pendidikan anak-anak yatim itu perlu ditekankan dari peringkat rendah hingga universiti.

“Kerajaan harus mengambil 5,000 kanak-kanak yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan lebih 29,000 orang dengan menubuhkan rumah anak yatim khas yang bertanggungjawab untuk pendidikan mereka dari peringkat rendah hingga universiti serta semua keperluan kebajikan mereka,” katanya.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 29,045 kematian akibat Covid-19 sejak virus tersebut melanda negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here