Orang ramai boleh kemuka maklum balas prestasi menteri, kementerian di My Tinjauan AKM

0
2

RAKYAT kini boleh memberi maklum balas berhubung prestasi dan pencapaian semua menteri serta kementerian melalui tinjauan soal selidik bagi Program Aspirasi Keluarga Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri 2021.

Soal selidik itu dilaksanakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula semalam hingga 15 November ini dan membabitkan dua soal selidik untuk kegunaan analisis iaitu bagi menteri dan kementerian.

Orang ramai boleh memberi maklum balas terbabit dengan mengisi borang dalam talian melalui pautan https://tinjauansoalselidik.mampu.gov.my/ms.

Semakan mendapati antara kementerian yang mewar-warkan sola selidik berkenaan adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkongsi mengenainya di laman Facebook rasmi kementerian terbabit.

“Orang ramai dialu-alukan untuk mengemukakan maklum balas berhubung prestasi dan pencapaian Menteri Kanan Pendidikan dan KPM dengan mengisi borang dalam talian.

“Sila tekan butang tinjauan untuk Menteri Kanan Pendidikan dan KPM. Soal selidik ini akan dijalankan bagi tempoh 1-15 November 2021,” menurut perkongsian itu.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pandangan rakyat terhadap prestasi menteri-menteri yang dimuat naik menerusi media sosial akan turut diambil kira sebagai pemarkahan sempena pencapaian awal tempoh 100 hari pertama perkhidmatan mereka.

Menurutnya, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas dan analisis sentimen ramai terhadap menteri seperti kajian sikap rakyat terhadap menteri sejak memegang jawatan dan menerusi kajian professional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here