
KES harian Covid-19 kembali melepasi angka 5,000 dengan merekodkan 5,071 kes hari ini.
Sebelum ini, dua hari berturut-turut kes dicatatkan di bawah angka 5,000 iaitu 4,626 kes semalam dan 4,979 kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,481,339.
Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost
