ATM tahan 3 warga Myanmar cuba lintas sempadan negara

0
2

MARKAS Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba keluar ke Thailand melalui sempadan negara dengan menggunakan laluan yang tidak sah di Bukit Kayu Hitam.

Tiga warga Myanmar berumur 28 hingga 50 tahun itu dikesan melakukan kesalahan tersebut di sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia semalam.

Menurut 2 Divisyen menerusi kenyataan hari ini, sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan rondaan pada jam 2 pagi telah ternampak tiga lelaki di kawasan kebun getah menuju ke pagar sempadan dalam keadaan mencurigakan.

Susulan itu menurutnya, anggota bertugas telah menahan semua lelaki tersebut dan dibawa ke Pos 5 untuk siasatan awal.

“Hasil siasatan awal mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.

“Mereka menggunakan lauan tidak sah untuk pulang ke negara asal melalui sempadan Malaysia/Thailand. Mereka juga tidak mempunyai pas perjalanan yang sah.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3,682.40 melibatkan matawang Malaysia bersama lima telefon bimbit,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut 2 Divisyen, ketiga-tiga PATI kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Alor Setar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. – Malaysiapost.

Photo from FoCus ComMitTed WilL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here