63 kematian Covid-19, manakala 18 kes BID semalam

0
2

MALAYSIA merekodkan 63 kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kematian kini 28,975 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 18 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan setakat semalam berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat 67,233 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,835 individu daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,082 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Setakat semalam, sebanyak 5,747 kes dirawat di hospital dan 569 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 268 pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 301 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here