Kelonggaran pemakaian murid, pihak sekolah perlu seiring ketetapan KPM

0
2

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sekali lagi mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi kelonggaran kepada murid dalam aspek pemakaian asalkan kemas dan sopan.

Beliau berkata, tindakan pihak sekolah yang tidak seiring dengan ketetapan KPM, seperti pakaian murid telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

“Sekali lagi saya jelaskan bahawa KPM memberi kelonggaran kepada murid dalam aspek pemakaian, asalkan kemas dan sopan.

“Matlamat kita adalah untuk mendekatkan mereka kembali dengan sistem persekolahan bersemuka.

“Dalam masa yang sama kita ingin pastikan pengoperasian sekolah terus berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu semalam beliau mengadakan sesi libat urus bersama warga pendidik di sekolah menengah sekitar Kota Melaka.

Radzi berkata pelbagai perkara melibatkan dasar serta perancangan KPM dalam memperkasa sektor pendidikan dikongsikan, tidak terkecuali hal pengoperasian sekolah.

“Saya juga kongsi mengenai tumpuan KPM dalam tempoh terdekat seperti pertukaran dan pengambilan khas one-off 18,702 guru.
“InsyaAllah, kami sentiasa usahakan sebaik mungkin demi memastikan seluruh ekosistem pendidikan negara berada ditahap terbaik,” katanya.

Sesi persekolahan secara bersemuka bermula semalam di Lembah Klang, Putrajaya serta Melaka melibatkan 1.3 juta murid dan pelajar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here