Bukan bulan, tapi PAS guna lambang PN di PRN Melaka

0
2
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

PAS membuat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat malam tadi.

Beliau berkata, ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka.

“Ketetapan ini mengambil kira panduan diberikan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS,” katanya menerima kenyataan.

Kelmarin Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk membuat keputusan penggunaan mana-mana lambang berdasarkan strategi boleh menang selaras peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

Pada 28 Oktober lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan Umno akan bekerjasama dengan PAS dalam PRN Melaka, dengan syarat parti itu menggunakan lambang sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here