36 kes kematian akibat Covid-19, 7 kes BID

0
2

SEBANYAK 36 lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 meningkat kepada 28,912 kes.

Berdasarkan data daripada portal COVIDNOW, tujuh daripada 36 kes kematian yang dilaporkan adalah brought-in-dead (BID) atau kematian berlaku di luar hospital.

Jumlah kes kematian yang dilaporkan semalam turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara itu, terdapat 67,969 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 52,720 individu atau 78.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) seramai 8,735.

Sebanyak 5,952 kes dirawat di hospital dan 562 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Manakala, kes ICU membabitkan 236 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 326 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here