‘Karen’ dikompaun RM3,000

0
2

SEORANG wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan selepas enggan memakai pelitup muka di sebuah butik terkemuka dikenakan kompaun RM3,000 ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan berhubung pelanggaran itu telah dijalankan dan kertas siasatan sudah lengkap.

Katanya, kompaun RM1,500 dikenakan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi dua kesalahan.

“Kesalahan pertama kerana gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

“Bagi kesalahan kedua pula kerana tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, justeru itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP ditetapkan dan tindakan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

Terdahulu, tular sebuah video wanita dikenali sebagai ‘Karen’ membuat kecoh di sebuah butik jenama antarabangsa selepas tidak dibenarkan memasuki premis kerana tidak memakai pelitup muka.

Terdahulu, tular sebuah video wanita membuat kecoh di sebuah butik jenama antarabangsa selepas tidak dibenarkan memasuki premis kerana tidak memakai pelitup muka.

Wanita itu tetap berdegil untuk masuk ke premis berkenaan walaupun dihalang dan tetap mengulangi ayat ‘Malaysia adalah negara bebas’.

Beberapa hari kemudian, netizen merakam wanita yang sama dilihat cuba memasuki sebuah pusat membeli belah tanpa memakai pelitup muka tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here