MOTAC tawar RM400,000 e-baucar tunai untuk ditebus

0
3

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia memperuntukkan RM400,000 e-baucar tunai untuk ditebus oleh rakyat Malaysia dalam kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ yang berlangsung bermula semalam sehingga 10 Disember 2021.

Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga
Malaysia (MATFA), pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Untuk mendapatkan penebusan e-baucar tunai tersebut yang bernilai RM10, orang
ramai perlu melayari laman sesawang MATFA di matfa.org.my bermula 30 Oktober 2021
berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program kerjasama ini selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Dianggarkan sekurang-kurangnya 40,000 rakyat bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini.

“Pada masa sama, MATFA optimistik untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen berlangsung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semua operator taman tema terlibat dijamin mematuhi standard operator prosedur
(SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen, orang ramai boleh layari laman sesawang matfa.org.my. – Malaysiapost

Sumber Foto: matfa.org.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here