BKM bawa manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima – PM

0
2

KERAJAAN memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Bajet 2022 yang menampilkan beberapa pembaharuan untuk membantu golongan rentan dan terkesan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata bantuan kewangan itu akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima membabitkan  

peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan dana  

RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). 

Menurutnya, menerusi pembaharuan antaranya pengenalan kategori baharu membabitkan warga emas bujang berpendapatan kurang RM5,000 yang akan menerima RM600.  

“Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang. 

“Isi rumah mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000,” katanya menerusi Facebook. 

Ismail Sabri berharap semoga pembaharuan yang digariskan di dalam Bajet 2022 ini dapat membantu golongan rentan yang benar-benar terkesan dan diberi lebih tumpuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here