Dr Say menangis selepas tahu anak hidapi ‘moderate autism’

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635582873949","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

DOKTOR selebriti, Dr Say Shazril ‘terduduk’ selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau Ace, yang berusia dua tahun menghidap autism tahap sederhana.

Dr Say berkata, dia tidak menjangka keputusan tersebut dan agak susah untuk menerima hakikat pada mulanya.

“Dr Cindy cekap, tak perlu masa yang lama untuk dia dapat keputusan diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan ‘moderate’ tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah ‘mild autism’ sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autistiknya. Dunia saya jadi kosong. Saya tak boleh terima.

“Dalam perjalanan pulang, saya terdiam sebab it’s too much for me untuk fahami. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?.

“Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh tapi ia satu keadaan yang akan kekal dengan dia seumur hidup. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Pengacara ‘Tanya Doktor itu’ berkata, perkongsian yang dibuatnya ini untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana untuk menitikberatkan tentang perkembangan anak-anak mereka.

Katanya, jangan ambil mudah sekiranya melihat pertumbuhan anak berlainan, segera lakukan pemeriksaan.

“Mak dan isteri saya larang saya cerita benda ni tapi saya fikir benda ini perlu jadi ibu bapa luar sana ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.

“Jangan jadi alpa seperti saya ‘takpe bagi masa dulu’ atau ‘biasalah anak lelaki cakap lambat’,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Say berkata, dia kini sudah mula menerima kenyataan tersebut dan cuba lakukan yang terbaik buat anaknya.

“Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.

“Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky and blessed isteri peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.

“Insya-Allah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” katanya.

Isteri Dr Say, Dr Azura baru sahaja melahirkan anak kedua mereka melalui pembedahan pada 18 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here