Arak jenama Timah ibarat ‘meminum’ wanita Melayu

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634444543597","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

[Parlimen] AHLI Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai menyifatkan penggunaan perkataan ‘Timah’ pada jenama arak sangat mengelirukan dan boleh dibayangkan seperti ‘meminum’ wanita Melayu.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu, berkata nama Timah itu sendiri membawa maksud individu wanita seperti Kak Timah, Makcik Timah dan Mak Timah.

“Ia merupakan satu perkara tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu wanita Melayu seperti ‘Mak Timah’, ‘Makcik Timah’ apabila kita minum wiski itu seolah kita ‘minum’ wanita Melayu,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.

Rusnah juga mempersoalkan penggunaan lambang Kapten Speedy memakai ‘kopiah’ pada arak jenama itu.

“Tidak adakah gambar Kapten Speedy ini yang memakai topi atau Timah ini tidak boleh kita panggil jenama lain seperti ‘The Mines’ ke apa ke,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Rusnah dipertikaikan oleh seorang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, penggunaan nama ‘Daim Coklat’ atau susu ‘Dutch Lady’ turut membawa maksud sedang memakan atau meminum seorang individu.

“Jadi boleh saya makan Coklat Daim? Boleh saya minum susu Dutch Lady?

“Atau adakah saya memakan Tun Daim atau meminum wanita Dutch?,” katanya dalam ciapan itu.

Penggunaan nama ‘Timah’ bagi syarikat pengeluar arak jenama dalam pasaran tempatan menimbulkan perbahasan kerana dikatakan memburukkan imej Islam sebagai agama Persekutuan sekali gus menimbulkan kemarahan umat Islam.

Sebelum ini, syarikat pengeluar arak Timah menjelaskan bahawa nama jenama itu merujuk kepada logam timah, bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here