Anak penoreh mohon tablet, Uncle Kentang beri motosikal

0
3

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang kembali berkhidmat untuk masyarakat meskipun masih berbaki 22 hari lagi tempoh beliau ‘berehat’ sebulan bermula 20 Oktober lalu.

Kuan Heng menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya kini membantu seorang pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang memerlukan sebuah tablet untuk sesi pembelajarannya.

Katanya, beliau juga akan memberikan pelajar terbabit sebuah motosikal bagi memudahkan pergerakannya ketika belajar.

“Anak penoreh minta tablet buat master di UPM murah aja RM 499. Kita upgrade kepada Ipad dan kita hadiahkan beliau sebiji motosikal investment kita pada masa depan.

“Sedih… pagi ini seorang anak Melayu, anak penoreh di Baling belajar Master di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang mohon bantu saya dapatkan tablet. Beliau buat Master dan akan sambung PHD.

“Beliau mohon tablet murah-murah untuk buat kerja Universiti. kita pertimbangkan Ipad kerana ia lebih sesuai dan tahan lama. Saya tanya macam mana beliau ada pengangkutan di Universiti Putra, beliau kata tumpang motosikal kawan.

“Sedih kerana keluasan Universiti Putra bukan calang calang kecil. kita akan hadiahkan beliau satu motosikal juga kerana usaha beliau dalam mengeluarkan keluarga dari kemiskinan ini lah Malaysia negara tercinta, kita bantu anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata, tidak rugi membantu orang-orang muda yang ingin maju dan ia juga satu pelaburan yang baik buat semua, kerana mereka ini yang akan membantu semula individu lain untuk berjaya.

“Kita sedang labur minda bantu orang. kalau kita bantu beliau pasti beliau akan bantu orang lain di masa depan investment kita akan berkembang, minda positif merits macam mana kita bantu orang.

“Ada yang minta tak dapat, ada tak minta pun dapat kerana kita labur dalam pencambahan minda hebat demi Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here