84 kematian akibat Covid-19, 20 kes BID

0
2
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara menunjukkan trend penurunan dengan 84 kes direkodkan semalam, berbanding 92 pada Isnin lalu.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada jumlah kes kematian semalam, 20 kes adalah membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 28,576.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 584 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.6 peratus, namun tiga negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (77.4), Sarawak (75.9) dan Kuala Lumpur 70 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 305 kes setakat semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here