Agong, Permaisuri selamat pulang ke tanah air

0
3

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat pulang ke tanah air, hari ini selepas Lawatan Khas ke United Kingdom.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi mendarat dengan selamat di lapangan terbang Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang pada jam 3.45 petang tadi.

Keberangkatan tiba itu disambut Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Istana Negara dalam perkongsian di Facebook, memaklumkan sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menjalani saringan Covid-19 di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan.

Baginda berdua akan menjalani kuarantin kendiri selaras dengan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua turut telah menjalani ujian saringan Covid-19 di London, United Kingdom, tiga hari sebelum keberangkatan pulang.

Menurut Istana Negara, lawatan khas berkenaan merupakan kali kedua bagi Baginda berdua ke United Kingdom sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here