PRN Melaka: Umno muktamadkan kerjasama MN Khamis ini

0
2

KERJASAMA Umno dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Khamis ini.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita cuma perlu tunggu keputusan rasmi daripada pucuk pemimpin kita.

“Setakat ini, ketika kita bergerak melawat pengundi akar umbi, majoriti ahli kita berharap MN dipelihara,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerjasama melalui MN sebelum ini menjadi tanda tanya apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka.

Bagaimanapun selepas itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam menjelaskan perkara itu belum diputuskan oleh MKT lagi.

Mengulas lanjut mengenainya, Asyraf Wajdi berkata, situasi itu menunjukkan akar umbi mahu Umno dan PAS terus kekal bersama.

“Tapi semuanya terpulang kepada PAS. Dalam perbincangan kita bersama PAS kebelakangan ini juga kita membincangkan tentang pentingnya untuk pastikan MN boleh kekal bekerjasama.

“Setakat ini perkara ini belum dimuktamadkan lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here