‘3 parti Melayu Islam ini bekerjasama atau tidak, tunggu Khamis ini’

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=616774456387858&set=pb.100063722049078.-2207520000

Najamuddin Mohd Noor

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khamis ini akan memperhalusi sekali lagi, sekali gus memuktamadkan sama ada Umno bertanding secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli MKT Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata mesyuarat itu akan menentukan sama ada Umno akan berhadapan saingan tiga penjuru atau hanya menentang Pakatan Harapan (PH) dalam PRN tersebut.

“Apa pun kita tunggu mesyuarat MKT Khamis ini. Sama ada kita lawan dua penjuru, tiga penjuru dalam PRN Melaka ini.

“Ia juga akan menentukan sama ada tiga parti Melayu Islam ini bekerjasama atau tidak, Khamis ini jadi penentunya, jadi kita tunggulah,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata masih belum terlambat untuk Umno mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak meskipun tarikh penamaan calon PRN Melaka berbaki dua minggu lagi.

Untuk itu Ahmad berkata, Umno kini menunggu keputusan MKT untuk dimuktamadkan Khamis ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan seboleh-bolehnya parti itu mahu mengelak meletakkan calon bertanding di kerusi milik Umno pada PRN Melaka.

Katanya, ia kerana PAS akan memberi laluan untuk bertanding di mana-mana kawasan DUN yang menjadi dominan kepada Umno. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Armand Azha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here