Hadi terima kunjungan Perdana Menteri

0
2

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Abdul Hadi berkata, dalam pertemuan itu mereka berbincang dan bertukar pandangan mengenai hal-hal negara dan isu global.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri hari ini, berbincang dan bertukar pandangan mengenai hal-hal negara dan isu antarabangsa.

“Semoga YAB terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk terus mentadbir demi kemaslahatan rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pertemuan dipercayai berlangsung di Terengganu itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri menerusi hantaran Facebook berkata, gerakan Islam mempunyai peranan yang besar dalam sesebuah pentadbiran negara.

“Peranannya yang paling utama adalah untuk memastikan ‘good governance’ memberikan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyatnya secara adil dan saksama,” katanya.

Pertemuaan tersebut berlangsung ketika Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan berkata tiada kerjasama parti itu dengan Bersatu serta PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here